Mengenai Kami

cropped-logo-remake-1000x1000-1.jpg
TAMENG SAREY SDN BHD
NO 41 JALAN ROSMERAH 1/1 TAMAN JOHOR JAYA 81100
JOHOR BAHRU
WEBSITE: www.tamengsarey.com

Pengenalan

Tameng Sarey Sdn Bhd merupakan syarikat yang telah dimulakan dan ditubuhkan sejak dari tahun 1980. Kini syarikat ini telah diwarisi oleh generasi ke tiga dan telah beroperasi selama 43 tahun (4 dekad). Syarikat ini dimilik sepenuhnya oleh bumiputera dan kami merupakan pembekal dan pemborong sejuk beku (frozen food) dan segar . Kami membekal ayam , daging dan kambing yang dijamin halal dan berkualiti tinggi buat pelanggan kami. Falsafah syarikat kami adalah menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Kekuatan terbesar kami adalah menghasilkan produk yang anda perlukan dan bagaimana anda mahu diproses. Kami memastikan bahawa semua produk kami segar dan boleh dapatkan pada harga yang berpatutan buat pelanggan kami. Kami terus komited dalam menginovasi dan memperluaskan portfolio syarikat kami untuk kekal relevan dan berkait dengan landskap makanan serta memberikan khidmat yang bermutu tinggi kepada semua pelanggan kami.

Visi

Tameng Sarey ingin menjadi syarikat pembekal dan pemborong yang amanah dan berintegriti.

Syarikat kami ingin menjadi sebuah syarikat pengeluar dan pembekal ayam, daging dan kambing sejuk beku yang halal dan menyediakan perkhidmatan yang berkembang maju pada masa hadapan.

Kami ingin menjadi syarikat yang dikenali sebagai pengeluar dan pengeksport di Malaysia dan di asia tenggara selain dapat meluaskan produk kami yang halal, bermutu tinggi dan telus.

Misi

Kami membekal bekalan yang dijamin halal dan telus kepada pengguna kami.


Syarikat kami sentiasa memberikan keutamaan dalam memastikan barang yang diberikan kepada pelanggan kami berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan. Selain itu kami sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan serta membekalkan barang mengikut masa dan efisyen.


Tameng Sarey mahu menguasai pasaran makanan sejuk beku (frozen food) dengan menjana keuntungan yang berkembang melalui objektif dan strategi perniagaan yang efektif, mesra pengguna serta produk yang berkualiti tinggi.

Objektif

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.


Kami sentiasa komited untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin halal.


Tameng Sarey sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti, servis yang cepat serta berkualiti dan telus kepada pelanggan kami.